Perjuangan s u a t u   i n s p i r a s i

(my first venture into book writing...)

ã FARITHAL B SAHARI 2002 


 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Segala puji kepada Rab-ul-Alamin

Yang menjadikan hati, cermin iman, akal, gedung fikiran, dan mati, sebagai sebaik-baiknya peringatan.

 

Selawat dan salam kepada junjungan mulia, Al-Amin

Yang diutus sebagai pemimpin, penyuluh cahya kebenaran bagi umat ini.

 

Sedarlah…PEJUANG! SEDARLAH…!

 

Jadikan yang lepas itu pelajaran, yang sekarang perjuangan, dan yang depan kenyataan.

 

Hidup cumalah sekali

Masanya hanyalah seketika

Maka bersegeralah

Dan bersegeralah

 

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran”

 (Q, 130:1-3)

________________________________________________ 

 

Dengan Nama Mu Ya Rabbi, 

Ya Rahman, Ya Rahim

 

Saudaraku

 

Mulanya kita dengan pengakuan

Asalnya kita bersaksi

Tiada Tuhan melainkan Allah

Wujudnya kita sebagai manusia

Punya matlamat, punya tujuan

Jalannya kita tersuluh dengan

KitabNya, RasulNya

Kita punya pilihan

Punya daya merdeka

Dengan jiwa, akal dan tenaga kurnia Nya

Kita bebas

Tapi

Harusnya kita insaf

Ketiga tiganya perlu terjurus

Bagai api api yang terus 

berobor di jalan Nya

Tujukan hidup dan mati kita hanya pada Nya

Nanti kan kita kembali jua

Membawa kesaksian amal di dunia

Adakah kembali dengan kerinduan

Atau

Adakah kesal yang dibawa

Hidup cuma sekali

Hiduplah

Hiduplah berjuang

Pejuang

________________________________________________ 

MATLAMAT TUJUAN

 

Saudaraku

 

“Kalau anda tidak mengetahui dari mana anda datang, anda pun tidak mengetahui ke mana akan anda pergi.”

(Saidina Ali r.a)

Lahir bagaikan kain putih, suci dan bersih.

Masih pada fitrah. Masih lagi hamba yang menyerah.

Tiada dosa yang parah. Hanya diri yang pasrah.

 

“Katakanlah (wahai Muhammad saw): ‘ Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur’”

 (Al Mulk : 23)

Dan wujud di dunia ini punya tujuan, punya tanggungjawab.

Tiadalah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Segala sesuatu yang diperbuat hendaknya dengan niat beribadat kepada Allah,

Kuasa semesta alam.

Setiap nafas, masuk dan keluarnya, adalah rahmat Tuhan, penerus kehidupan.

Setiap cahaya, datang dan hilangnya, adalah anugerah Allah, kemudahan di dunia fana.

Lahirnya kita dicipta untuk ibadah

tidaklah diciptakan insan itu melainkan untuk beribadah kepada Allah

terjermah ibadah itu dalam

akhlaq (perbuatan), muamalat (pergaulan) dan syariat (perundangan)

Darihal itu segala sesuatu, ibadah

Bermatlamat – KERANA ALLAH

Hidup bermatlamat, wujud harap

Harap membawa makna untuk terus hidup

Memangkin perjuangan

Hidup beribadat

Hidup bermatlamat

Ibadat itu berbakti kepada Allah, di jalan Allah, kerana Allah

Ia tiada mengongkong

Ia lah pembebas dari kejahilan

Ia mengajak kepada penegakan suatu kebenaran

Dan penyingkiran segala kebatilan

 

________________________________________________ 

 

SUMBER PUNCA

 

Saudaraku

 

"kembalilah (patuh) kepada Tuhanmu dan serahlah diri kepadaNya".

(Az-Zumar : 54)

Kitab suci dan sunnah (contoh) rasul saw

Ikutan kita

Tali tali yang membimbing

Jauh jauh dari kesesatan

Membawa kejayaan, membimbing kepada kebahagiaan

Manusia makhluk pelupa

Lupa usul, lupa tujuan, lupa akhirnya

Hatta dengan rahmat inayahNya

Kita dikurnia nikmat rahmat

Berupa kitab dan utusanNya

Buat membimbing, memimpin menyuluh jalan

Agar tiada sesat dalam kabut kelupaan

Al quran dan Hadith sumber rujuk ummah

Sarat panduan petunjuk

Dalam menjalani hidup

“Sekiranya kamu bercanggah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan RasulNya (AL-Quran dan Sunnah)”

(An nisa’: 59)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya: iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.”

 

Sumber-sumber itu pengatur hidup insani. Pembawa kemajuan reformasi madani

Bak ujaran al-Ustaz Abul Hasan an-Nadawi:

"Umat Muslimin muncul memimpin dunia. Mereka memecat umat-umat palsu dari kepimpinan umat manusia dengan penuh kesungguhan, bijaksana dan adil. Mereka mempunyai sifat-sifat yang cukup yang melayakkan mereka memimpin umat-umat manusia dan menjamin kebahagiaan dan kejayaan umat yang berada di bawah naungan dan pimpinan mereka.

"Pertama: Umat Muslimin mempunyai kitab suci dan syari'at yang diturunkan Allah. Mereka tidak membuat undang-undang sendiri, kerana membuat undang-undang sendiri itu merupakan punca kejahilan, kesalahan dan kezaliman. Tindak-tanduk mereka, politik mereka dan cara pergaulan mereka dengan manusia tidak sembarangan dan tidak lintang-pukang.

"Allah telah mengurniakan nur kepada mereka dengan nur inilah mereka berjalan di kalangan umat manusia. Dan Allah telah mengurniakan syari'at kepada mereka dan dengan syari'at inilah mereka menghukumkan manusia.”

Firman Allah:

“Apakah orang yang mati yang kemudian Kami hidupkannya dan mengurniakan nur yang terang yang dengannya dia dapat berjalan di kalangan manusia itu sama dengan seorang yang berada dalam gelap-gelita dan tidak dapat keluar darinya."

(Al-An'am : 122)

 

________________________________________________ 

 
JIWA HATI

Saudaraku

Dari sini muncul niat

Membawa kepada kejadian

Membawa kepada bahagia atau celaka

 

Jagalah hatimu

Kerna di situlah terpancarnya cirna ilahi

Cermin pada diri

Jika baik ia

Maka berbahagialah dirimu

Jika ada jahat terpendam

Celakalah menimpa

 

Pada jiwa terdapat ihsan

Pada jiwa termaktub zikir (ingat akan) tuhan

Pada jiwalah penentu diri di hari kemudian (simpanan taqwa)

 

Niat tercetus di dalamnya

Maka hati hatilah pada hati

Jauhilah hati tamak, hati dengki, hati amarah

Kerna hati hati sebegitu titipan syaitan laknatullah

 

Hati, ia lautan tanpa sempadan, tanpa batas dalam

Ia luas, mampu menangkung segala mungkin

kotoran mau pun halwa suci

 

Jadi

 

Bersihlah ia senantiasa

dengan zikir ilahi

Bila ingat terpateri

 

Diri kan malu dalam laku dosa

Diri senantiasa dalam kesedaran yang suci

 

Ingatlah sabda RasululLah saw

"Di dalam tubuh anak Adam ada segumpal daging apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia itu ialah 'hati'.”

Mansur bin 'Amar juga pernah berbicara;

“Kebersihan hati dicapai dengan empat latihan:  bercampur dengan Aulia Allah, mengaji al-Qur'an,  sembahyang di waktu malam,  mengeluarkan air mata pada masa sembahyang.”

Maka, amalkanllah

 

________________________________________________ 

 

FIKIR AQL

 

Saudaraku

 

Aql’

Telaga ilmu

Mencapai kenal

Diri dan tuhan

 

Ilmu itu diperoleh di laluan itu, akal rasional

Fikir ialah pekarjaannya.

Demikian, fikir dituntut kerna ia mambawa kesedaran

Akan kebenaran, akan kewujudan

 

Akallah yang mencerna analisa, yang merancang, yang mendorong pada

Sebuah cita cita

 

Fikirlah akan pentingnya akal dalam dirimu

Disitulah punca terpikulnya amanah tugas khalifah

 

Dikatakan

 

Tiga anugerah utama

Khusus bagi manusia

Hidup, merdeka, iman

Ada punca-kaitannya pada akal

 

Dengan akal

Kita punyai daya untuk terus hidup

Kerna akal memampukan diri menempuh halangan kehidupan

 

Dengan akal

Kita punyai kemerdekaan

Kerna kebebasan kita dalam mencari kebenaran

Dan memilih

 

Dengan akal

Kita punyai iman

Kerna hidayah jua datang melalui jalan pemikiran

Melalui rasiona diri

 

Akallah yang menjadikan manusia, manusia

 

Akallah yang menyimpan setitis ilmu dari seluas kepunyaan ilahi

Akallah kurnia ajaib

 

Fikirkanlah.  Dan bersyukurlah dirimu

Kerna tiada punya akal gila.

 

Hatta, gunakanlah ia sebaiknya dengan banyak memikir kan ciptaan Allah, dengan banyak mengingatiNya

 

“Kerna dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang”

 (Ar Rad: 28)

 

________________________________________________ 

USAHA TENAGA


Saudaraku

 

Rahmat Allah itu maha luas.

 

“Dan tidak ada daripada suatu yang melata di atas muka bumi ini kecuali rezekinya telah dijamin oleh Allah”

(Hud : 6)

 

Dengarlah

Wahai dirimu

Perbuat akan pelakuan, Pelaku akan pekerjaan

 

Bahwa diceritakan pada suatu masa Nabi Daud as keluar ke pesisir untuk beribadat

Dan ketika telah genap setahun, ia berdoa; 

"Ya Rabbi, Ya Tuhanku, telah bongkok punggungku dan lemah mataku dan kering air mataku,  tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku"

Maka Allah menyuruh katak untuk menjawab doa Nabi Daud as itu.  Lalu katak berkata;

"Hai Nabi utusan Allah,  apakah anda mengungkap dan mengingat-ingatkan pada Tuhan ibadatmu yang setahun.  Demi Allah yang mengutusmu menjadi Nabi,  saya di hutan ini selama tiga puluh tahun (atau enam puluh tahun) bertasbih,  bertahmid kepada Tuhan,  sedang persendiaanku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku".

Maka menangislah Nabi Daud as mendengar kata-kata katak yang menyedarkannya

 

Maka saudaraku,

 

Usah kita mengeluh akan sukarnya sesuatu pekerjaaan.

Kerna setiap sesuatu itu yang punyai tujuan

Tersimpan hikmah

Biar berjaya, biar gagal

 

Pergandakanlah usaha kerna Allah

Dan tawakallah sebulatnya kepadaNya

 

Dan bersabarlah

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui

 

 ‘Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan’

 (Al Baqarah : 237)

 Dalam kerja jasmani, iringilah dengan mengutuhan rohani.

Capailah ketenangan melalui penyerahan sebulatnya pada Tuhan.

Amallah kebaikan, Hindarilah keburukan (Amal Ma’ruf, Nahi Mungkar) 

 

“Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang salih”

 (Al Kahfi :110)

 

________________________________________________ 

 

API PEJUANG


Saudaraku

 

Dalam perjuangan kita

Istiqamahlah melalui ingatan, seruan nasihat

 

I

 

Wahai saudaraku, sedarlah dan bergegaslah untuk mendapatkan ampunan dari tuhanmu, sebagaimana Firman Allah:

 

"Bergegaslah kamu untuk mendapat ampunan dari Allah dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ".

 

II

 

Wahai saudaraku, sedarlah dan bersedialah untuk saat mautmu, kerna bila tibanya ia, maka tiada berguna segala yang ada. Maka bergegaslah untuk akhiratmu. Ambillah ingatan Rasulullah saw yang mengibaratkan:

 

“dunia ini nilainya tidak pun seberat timbangan sayap nyamuk.”

 

 

III

 

Wahai saudaraku, sedarlah dan ambillah iktibar dari ingatan As Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani:

‘Wahai saudaraku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada tuhanmu.. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari tempat untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut). Keberadaan kita dibumi yang hina dan yang akan hancur ini tidak hanya untuk berpangku dengan makan, minum dan memenuhi nafsu belaka.’

 

Juga Al Hassan pernah mengingatkan:

 

‘Bersegeralah…dan bersegeralah. Yang tinggal beberapa nafas sahaja. Bila nafas nafas itu itu berhenti, maka terputuslah kamu dari segala amalan yang dapat mendorong kamu untuk mendekatkan diri kepada Allah.’

 

IV

 

Wahai saudaraku, sedarlah dan ambillah pesanan ulama mursyid supaya senantiasa diri mengharap hanyasaja kepada Allah, kerana:

 

“Mengharap selain Allah,jika dapat berbangga, jika tidak, kecewa. Mengharapkan Allah,hati menjadi lapang, tenang dan kaya.”

 

V

 

Wahai saudaraku, sedarlah dan teruskanlah berjuang, tanpa gentar, tanpa bimbang, tanpa takut. Ketahuilah bahawasanya bagi diri yang punya iman:

 

“Tidak ada yang sepatutnya ditakuti selain Allah”

 (9:18)

 

 

________________________________________________ 

 

HIDUP MATI


Saudaraku

 

Cukuplah mati itu sebagai peringatan

 

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Az-Zumar: 30)

Darihal hidup dan mati, Saidina Ali krw juga pernah berkata:

 

“Manusia hanya mepunyai nafas yang terhitung, harapan yang panjang dan kehidupan yang terbatas. Maka tiada meragukan lagi bahawa saat kehidupan akan musnah, hitungan nafaspun habis dan harapanpun pasti lenyap.”

 

Dan, darihalnya kiamat, Allah mengambarkan akan kedashyatannya dalam Al Quran:

1.      Apabila matahri telah digulung(hilang cahayanya).

2.      Dan apabila bintang-bintang bertaburan (berjatuhan).

3.      Dan apabila gunung-gunung itu pergilah (hilang dari muka bumi hancur bertaburan menjadi debu).

4.      Dan apabila unta-unta yang bunting diabaikan (ditinggalkan tidak digembalai).

5.      Dan apabila binatang-binatang liar dihimpungkan (kemudian daripada bangkit supaya dikisahkan setengahnya bagi setengahnya kemudian semua binatang itu menjadi tanah).

6.      Dan apabila lautan meluap menjadi satu (dan dinyalakan).

7.      Dan apabila ruh-ruh telah dipertemukan dengan jasadnya (untuk dihidupkan kembali supaya dihisab segala amal perbuatan).

8.      Dan apabila bayi-bayi (perempuan) yang dikubur hidup-hidup itu ditanya.

9.      Karena dosa apakah ia dibunuh (sesungguhnya mereka tidak berdosa).

10.  Dan apabila catatan amal perbuatan telah dibentangkan (untuk diperiksa segala amal perbuatan hamba).

11.  Dan apabila langit telah dilenyapkan.

12.  Dan apabila neraka jahem telah dinyalakan.

13.  Dan apabila syurga telah dihampirkan (kepada isinya).

14.  (Maka di saat itulah) mengetahui tiap-tiap jiwa apa yang telah dihadirkannya (dilakukannya dari pada amal perbuatan yang baik dan jahat untuk menerima balasan dari amal perbuatannya).

(al takwir – 1-14)

 

Oleh itu

Ingatlah akanmu senantiasa akan perihal-perihal ini, kerna seperti sabda Rasul saw:

 

“Banyak-banyaklah mengingat barang yang memusnahkan segala kelazatan, kerana siapa yang di dalam kesempitan, kalau dia ingat mati, dia insaf bahawa dia akan disambut oleh kesempitan”

 

Dan dari kata-kata Saidina Ali krw:

 

“Sesungguhnya Allah mempunyai seorang malaikat yang tiap-tiap hari memanggil manusia: ‘Lahirlah kamu untuk mati, dan kumpulkanlah harta yang akan lenyap, dan bangunlah sesuatu yang akan porak peranda, kerana kehidupan di dunia ini tidak akan kekal.’”

 

 Carilah yang kekal…wahai saudaraku.

 

________________________________________________ 

 

AKHIR RINDU

 

Saudaraku

 

“ kembalilah kepada tuhanmu”

I

Aisyah ra. berkata:

‘Rasulullah saw. bersabda: "Dunia ini rumah yang tidak mempunyai rumah di akhirat, dan harta orang yang tidak berharta di akhirat, dan yang mengumpulkannya hanya mereka yang tidak berakal.”’

II

Abu Musa Al-Asy'ari ra. berkata:

‘Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang cinta dunia berbahaya terhadap akhiratnya, dan siapa yang cinta akhiratnya berbahaya terhadap dunianya, maka utamakanlah yang kekal daripada yang fana.’

 

III

 

 

Ya Allah,

aku memohon akan engkau daripada nikmat itu yang paling sempurna,

dan daripada pemeliharaan itu yang paling kekal,

dan daripada rahmat itu yang paling menyeluruh,

dan daripada afiat itu yang paling berhasil,

dan daripada kehidupan itu yang paling senang,

dan daripada umur itu yang paling bahagia,

dan daripada ihsanMu yang paling sempurna.

Ya Allah,

tetapkanlah kami berada di atas jalan istiqamah,

dan lindungilah kami di dunia ini daripada mengerjakan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari kiamat nanti,

dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami,

dan kurniakanlah kepada kami kehidupan hamba-hambaMu yang baik-baik,

dan jauhkan daripada hamba-hambaMu yang jahat,

dan lepaskanlah leher kami dan leher ibubapa kami,

dan seluruh saudara kami daripada belenggu api neraka.

Semuanya itu dengan berkat rahmatMu.

Wahai Tuhan yang Maha Mulia, Maha Mengampuni.

 

Berdoalah. Kerana doa itu senjata ampuh bagi orang-orang yang beriman.

 

IV

 

 “Tuhanku

Didalam termangu

Aku masih menyebut NamaMu

Biar susah sungguh

Mengingat Kau penuh seluruh

Caya Mu panas suci

Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

 

Tuhanku

Aka hilang bentuk

Remuk…

 

Tuhanku

Aku mengembara di negeri asing

 

Tuhanku

Di pintuMu aku mengetuk

Aku tidak bisa berpaling.”

  (Chairil Anwar)

   

V

Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa :

“Manusia hanya mepunyai nafas yang terhitung, harapan yang panjang dan kehidupan yang terbatas. Maka tiada meragukan lagi bahawa saat kehidupan akan musnah, hitungan nafaspun habis dan harapanpun pasti lenyap.”  

VI

Perlukah  anda berhati gundah

Perlukah anda berhati resah

Perlukah anda berhati susah

Kalau kamu sudah berserah

Kepada Allah Yang Maha Gagah

Patutkah kamu takut

Patutkah kamu risau

Patutkah kamu khuatir

Padahal kamu mengatakan

Kepada Allah kau serahkan

Diri kau ruh dan badan

Kalau kamu sudah percaya

Kalau kamu telah yakin

Tidaklah kamu dukacita

Tidaklah fikiranmu berpusing

Iman dan percaya

Tegakkan dalam jiwa

Praktikkan di mana saja

Kepada Allah kita bertaqwa  

________________________________________________ 

   

 

ILMU yang sempurna…itu diperolehi dari akal yang sempurna

 AKAL yang sempurna…itu didapati dari hati yang sempurna

HATI yang sempurna…itu dihasilkan dari iman yang sempurna

IMAN yang sempurna…itu dari cetusan cahaya ilahi

CAHAYA ILAHI…itu dicapai melalui ingatan

 

Ingatkan Allah  

 

...

Setiap waktu, tiap ketika, di mana jua 

...