A collection of Islamic stories I compiled from the net.


 

 

 

CERITA 1


Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. 
Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda 
berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. 
"Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, 
inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!". 

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta 
apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya 
itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." 
Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah. 



MORAL & IKTIBAR 
Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa 
yang dilakukan. Kehendak Allah mengatasi segala. Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah. Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya. Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. 
Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah. 



CERITA 2


Bengkoknya Perempuan ...
Author: Addabit 


“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." 

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?" 
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak 
datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu." 
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion." 

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang 
perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." 
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu." 
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, 
Naim?" 

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada ‘sayap kiri’ kepada masyarakat. 
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, 
terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.” 

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia." 
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara ‘protes’ tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!" 

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje." 
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu." 

"Apa maksud sebenar Hadis tu?" 
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu 
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu ‘penyempurnaan’. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu " 

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" 
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. “Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.” 

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat. 

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar" 

"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut 
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau 
perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." 

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar" 
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... " 



CERITA 3



Sementara sekali disini 
Mungkin akan berlalu pergi 
Takkan pulang lagi 
Mungkin segala akan terjadi 
Entah bila akan sebegini 
Sememangnya disini tiada abadi 
Izinkanlah langkah ini 

Sementara sekali mengerti 
Benarkan masa sendiri 
Dan sementara 
Masih ada nafas ini 
Restukan kata agar mengerti 
Cuma sementara aku miliki 

Kumohon sementara sekali 
Namun tiada lagi terdaya 
Semua telah nyata 
Sementara masih disini 
Berikan sebentar merasa dunia 
Moga tenang di jiwa 

Demi sementara ini 
Izinkan ku pergi 
Relakan berlalu pergi 
Biarkan... 
Aku dikesempitan sementara 
Menanti dan terus menanti 
Pemergian suci ini 

CERITA 4

 

Air Mata Karbala Menitis Di Kota Kaherah
Author: Ummu Hanan 
Source: Akhi Masrawi 



Hati dirundung duka. Air mata bertakung di kelopak mata. Meski kaki sudah kekejangan berdiri, namun aku masih tidak berganjak walau setapak. Mahu terus untuk merenung dan mengingati sebuah kedukaan yang tercetus di zaman lalu. Aku merenung pusara Saidina Husain Bin Ali . Dengan tenang meskipun hati bergelora meronta mahu menyingkap sebuah sejarah yang telah lama terukir. Pusara itu kekal di situ. Ya... di sebuah Kota kegemilangan pinggir Kaherah. Namanya Kota Husain. Ada riwayat lain turut menyatakan pusara Saidina Husain sebenarnya di tempat lain. Ada riwayat yang menyatakan di karbala; tempat di mana dia dibunuh. Malah ada yang menyatakan di Damsyik berhujah kepalanya dibawa ke hadapan khalifah Yazid selepas pembunuhan. Di Mesir pula timbul selepas beberapa lama. Walaupun aku tidak pasti kesahehan ihtimalku terhadap pusara itu namun banyak pengajaran sebenarnya aku perolehi sementelah bertandang ke situ. Sehingga kini kebanyakan umat Islam masih menyalahkan keluarga Muawiyah di dalam tragedi pertumpahan darah di Karbala. Terutama Yazid... Mengapa? 

Aku ingin menyingkap secara ringkas kepada kalian tentang peristiwa itu. Ia bukan lagenda atau cereka dalam kebanyakan cerita pendek. Ia adalah sebuah hakikat sejarah yang telah ternukil di lebaran sirah umat Islam. Kata-kata seorang ustazku masih tergiang diingatan. Sehingga kata-kata itu sirna aku masih belum menemui jawapan. 

"Kita tak boleh menyalahkan sesiapa. Baik Muawiyah mahupun Saidina Ali. Lagipun semua yang berlaku ada hikmah yang tersirat." 

Fikri rakan sekelasku memprotes. "Saya terima pendapat Ustaz... tapi Muawiyah sepatutnya menjadi gabnor yang patuh. Tidak wajar seorang gabnor menginginkan jawatan khalifah sedangkan Saidina Ali telah pun dibaiah." 

"Fikri... awak sepatutnya tidak mendahulukan ra'yu yang khilaf terhadap tarikh." Jelas ustazku tenang. 

Kelas sepi. Pelajar-pelajar lain menumpukan perhatian pada hujah Fikri. Ada yang memandang ustaz sambil mengerut dahi menuntut jawapan selanjutnya. Aku terdiam. Berfikir sedalam-dalam. Kata-kata Fikri seolah menyisih sumbangan Muawiyah dan dalam masa yang sama dominsi simpatinya begitu tinggi terhadap Saidina Ali k. w. Meskipun sejarah menukilkan bukan Muwiyah yang membunuh Saidina Ali; Muawiyah masih dianggap salah. Aku kebingungan. Tiada jawapan. Malah aku pernah berjidal dengan Fikri. Dia tidak sepatutnya terlalu ego 
dengan pendapatnya. Untuk menentukan siapa betul atau siapa salah bukan kita. Allah lebih mengetahui segalanya. Sepatutnya kita mengambil pengajaran dan hikmah dari sejarah. Bukan menambah kerumitan. Madah Tarikh adab Islami memeningkan. Zaman khilafah Islamiah terpaksa dibongkar. Nyatanya ada zaman emas. Ada zaman haru-biru. 'Sejarah Umat Islam sebenarnya sesuatu yang rumit'. Aku membuat kesimpulan sendiri. Lantaran itu aku mengambil keputusan bertandang mencari jawapan di bumi Al-Azhar. 

Seketika selepas Saidina Usman r. a dibunuh setelah 11 tahun memegang amanah sebagai khalifah maka kebanyakan umat Islam ketika itu telah memilih Saidina Ali K. w untuk meneruskan amanah Allah. Saidina Ali menolak. Sehinggalah berlaku desakan demi desakan yang keras; Saidina Ali terpaksa akur untuk menerima amanah tersebut. Setelah Saidina Ali K. w menjawat jawatan khalifah itu menurut riwayat; beliau telah mengambil tindakan terburu-buru dengan memecat kebanyakan pegawai dan gabnor yang dilantik sewaktu pemerintahan Saidina Usman. Meskipun sebelum itu beliau pernah dinasihati oleh beberapa orang sahabat supaya tidak terburu-buru dengan tindakan tersebut. Pada hematnya tindakan memecat pegawai-pegawai Saidina Usman itu wajar lantaran perlantikan mereka ketika zaman Khilafah Usman adalah kerana berkerabat dengan Saidina Usman r. a semata-mata. Bukan lantaran kelayakan. Sedangkan ketika itu kekhilafahan Saidina Ali k. w masih belum dibaiah oleh mereka. 
Sehingga beliau mengutuskan utusan membawa surat kepada Saidina Muawiyah yang sedang berada di Syam. 

"Kau nak ikut aku pulang ke tidak, Taufiq?" Soal Fuad sambil bergegas mengambil beg sandangnya. Kemudian beg itu disandang ke bahunya. Hanya beberapa buah kitab kuliah di dalamnya bergerak-gerak. Selesai kuliah di Al-Azhar selepas Zohor Aku dan Fuad bertandang ke Masjid Husain untuk berehat. Untuk berebut pulang pada waktu tenghari itu memeritkan. Malah terpaksa berebut-rebut untuk memanjat bas dengan 
orang-orang arab Mesir dan pelajar-pelajar lain yang turut mahu pulang sehabis kuliah. Biasanya kami akan berehat seketika di Masjid Hussain atau menghadiri kelas pengajian talaqi di Jami' Al-Azhar As-Syarif bersebelahan Masjid Husain yang biasanya diadakan selepas asar. 

Aku masih diam. Tiada jawapan kepada pertanyaan Fuad. 

"Aku mahu bersegera menghambat bas. Lagipun Maghrib sudah hampir. Malam ini kita ada mau'id dengan Sheikh Fathi untuk tasmi' Al-Quran di Masjid Musa. Kalau kau mahu ikut sekali kita perlu pulang segera." Jelas Fuad bersahaja. 

"Aku mahu solat Maghrib di sini saja. Lepas itu barangkali aku menyusul ke Masjid Musa. Kita jumpa di sana. Mungkin hampir Isyak aku akan sampai." 

"Baiklah. Kita jumpa di sana nanti. Jangan kau lupa pula! Minggu lepas pun kau tak hadir tasmi' dengan Sheikh Fathi. Dia bertanya tentang kau. Tiada jawapan yang aku berikan selain berjanji yang kau akan hadir hari ini." Fuad mengingatkan aku sambil berlalu pergi. Aku masih di sisi pusara Saidina Husain anak kepada Saidina Ali dan merupakan cucu Rasulullah saw. Aku masih terkenangkan Tragedi Karbala. Lokasi di mana Saidina Husain dibunuh. Dia dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad. Kepalanya dipenggal untuk di bawa ke hadapan Yazid di Damsyik. 

Yazid menduduki takhta pemerintahan selepas kematian bapanya Muawiyah bin Abu Sufyan. Maka bermulalah pemerintahan khalifah pertama dalam Islam berbentuk monarki keturunan. Kerajaan Bani Umaiyah bertahan agak lama juga. Semenjak jatuhnya kuasa itu ke tangan Muawiyah sehinggalah tahun 132H ketika Abul Abbas Assafah diangkat menjadi khalifah. Maka setelah itu bermulalah pemerintahan Kerajaan Bani Abbas dan berakhirlah pemerintahan Bani Umaiyah di Damsyik. Namun seorang daripada keturunan Umaiyah iaitu Abdul Rahman Bin Muawiyah bin Hisyam bin Abdul Malik berjaya menyusup ke Andalusia (Sepanyol) dan mendirikan alias meneruskan kerajaan Bani Umaiyah di sana. 

Sewaktu kecil Yazid dididik sangat manja oleh ayahnya. Lantaran itu dia membesar sebagai anak bangsawan yang fakir tentang hal keagamaan. Dia hanya suka berhibur dan kurang mengambil peduli hal-hal yang lebih penting tentang kehidupan. Namun keistimewaannya ialah fasih dalam bahasa. Justeru dia pandai bersyair. Meskipun pernah diberikan jawatan yang penting oleh Muawiyah ketika kekuasaannya namun Yazid tidak betah belajar untuk menjadi pemimpin yang baik. Kebanyakan ahli-ahli politik pada zaman tersebut mencadangkan kepada Muawiyah supaya dia menentukan anaknya Yazid menjadi khalifah selepas kematiannya. Ini bertujuan supaya tidak terjadi pertumpahan darah akibat berebut jawatan khalifah. Sebenarnya cara tersebut telah menyalahi sistem yang diperkenalkan oleh Islam iaitu melalui syura yang akhirnya bertukar kepada hak keturunan sehingga layak dinamakan raja sahaja, bukan khalifah. Mataku masih merenung pusara Saidina Husain. Orang-orang Mesir agaknya bersimpati dan 'menjaga' keturunan Ahli bait. Barangkali sebab itu pusara Saidina Husain terjaga rapi. Aku masih terhimpit dengan pertembungan itu. Di benakku terpancul pelbagai persoalan. Siapa sebenarnya yang bersalah atau pihak mana yang betul. Muawiyah Yazid? Husain sendiri... atau siapa? Malah persoalan itu berkubur sendirian. Aku sendiri tersihir dengan persoalan-persoalan tadi. 

************ 

Utusan yang dihantar oleh Saidina Ali K. w kepada Muawiyah disuruh pulang dengan tangan kosong. Muawiyah akan menjawab surat Saidina Ali itu dengan menghantar utusannya sendiri. Tidak lama selepas itu dihantarnya balasan surat Saidina Ali itu melalui utusannya ke Madinah. Surat kosong itu hanya tertulis 'bismillahirrahmanirrahim' dan diluarnya tertera tulisan 'dari Muawiyah bin Abu Sufyan kepada Ali bin Abi Thalib'. Tanpa perkataan 'Amirul mukminin' jelaslah bahawa Muawiyah belum mengakui bai'ahnya terhadap Saidina Ali K. w. Malah Muawiyah telah mempersiapkan tenteranya untuk memerangi pembunuh Saidina Usman r. a. Manakala lain pula halnya di Madinah, Muawiyah dipandang telah derhaka kerana keengganannya mengakui kekuasaan khalifah yang sah, sebab itu halal pula memeranginya. 

Muawiyah seorang yang cekap politik, bijaksana dan pintar mengatur urusan dunia. Memeluk Islam sewaktu Fathu Makkah. Dia adalah juru tulis; bahkan penulis wahyu kepada Baginda Rasulullah dan turut meriwayat hadith. Sememangnya para sahabat mempunyai kelebihan masing-masing yang berbeza. Malah ada riwayat yang menyatakan dia seorang yang bijak berdampingan dan mempunyai pengaruh yang kuat. Meskipun begitu kemenangannya menjawat jawatan khalifah bukanlah di atas kehendak umum tetapi melalui percaturan Amru bin Al-'Ash sewaktu mengikat perdamaian dengan Abu Musa Al-Asyari di Daumatul Jandal. Di sinilah bermula suratan tersirat dan seribu satu hikmah yang tersembunyi sehingga kurang diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Sebenarnya Muawiyah sangat menginginkan jawatan khalifah itu selepas kematian Saidina Usman r. a. Sedangkan Saidina Ali k.w diangkat menjadi khalifah. Di kala itu huru-hara selepas pembunuhan Saidina Usman r. a masih belum reda. Ini memungkinkan Muawiyah mencapai impiannya itu. Sementelah untuk mencapai hasratnya, Muawiyah mengatur pelbagai helah siasahnya. Berlaku beberapa siri peperangan yang merugikan umat Islam. Kematian demi kematian. Di antaranya peperangan Jamal (unta) dan peperangan Siffin. Sewaktu pertempuran di medan Siffin tercetus tentera pimpinan Saidina Ali K. w hampir berjaya menewaskan tentera Muawiyah. Sehingga terdengar laungan meminta supaya menghentikan peperangan dan berhukum mengikut kitab Allah. Maka terjadilah gencatan senjata. Muawiyah mengusulkan supaya dilakukan Majlis tahkim dengan Amru bin Al-Ash mewakili Muawiyah sedangkan Saidina Ali k. w keberatan melepaskan Abu Musa Al-Asyari menjadi wakilnya. Namun orang ramai telah memilihnya dan berkeras. 

********* 

Di luar sana hari semakin gelap. Lampu-lampu masjid telah lama menyala. 
Musim panas di Mesir membahang panas. Siang lebih panjang dari malam. Orang awam berada di mana-mana. Bingar kenderaan masih kedengaran. Penumpang-penumpang menyesakkan kenderaan awam. Bas merah terutamanya sebab nilai tambang cuma 25 sen. Aku masih termangu sendirian. Seorang siswa menghampiriku. Aku sempat merenung tajam ke arahnya. Dia sebenarnya kukenali. Teman seperjuangan yang turut bersama di Al-Azhar. Cuma dia seniurku. Dia menepuk bahuku. Aku menoleh membuang pandang sambil tersenyum tawar. Tangan kami berjabat mesra. 

"Akhi Taufiq! Hari dah nak maghrib, mengapa masih sendirian di sini?" Tegur Azmi membuka bicara. 

"Ana nak solat di sini. Lepas tu barangkali akan menyusuli Fuad di Masjid Musa. Kami ada mau'id tasmi' Al-Quran dengan Sheikh Fathi." Jelasku tanpa disoal. 

"Dari tadi ana tengok akhi di sini. Mesti ada sesuatu yang difikirkan." Azmi meneka. 

"Melihat pusar Saidina Husain ana terkenang tragedi pertumpahan darah di Karbala. Tetapi tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa." "Baguslah kalau begitu. Sewajarnya kita menjadi orang yang mu'tadil dalam hal seperti ini." Tutur Azmi sambil tersenyum tawar. 

"Akhi Azmi... boleh ana tanya sesuatu?" Pintaku. 

"Tentang apa akhi Taufiq?" 

"Siapa yang terlibat dalam komplot pembunuhan Saidina Ali k. w?" 

"Mengikut apa yang ana tahu pembunuh Saidina Ali ialah Ibnu Muljam. Anta boleh rujuk kitab Feqh sirah karangan Al-Buthi. Mengapa?" Azmi kembali melontar persoalan. 

"Ibnu Muljam golongan khawarij kan?" 

"Ya... Malah bukan cuma Ibnu Muljam merancang untuk membunuh Saidina Ali, golongan khawrij telah berpakat untuk membunuh Muawiyah dan Amru bin Al-Ash juga. Tetapi yang berhasil cuma Ali. Muawiyah dan Amru terselamat. Ramai orang Islam yang tak tahu. Malah lebih menyedihkan ada yang menuduh Muawiyah yang bersalah tanpa usul periksa." Jelas Azmi. 

Kelihatan jemaah sudah mula memenuhi ruang masjid. Azan dilaungkan. Sayu rasanya hati. Keinsafan menerjah dalam diri. Umat Islam dibina atas kesatuan. Kalimah Tauhid menjadi neraca. Tuhan itu Esa tiada dua atau bertiga. Konsep triniti terlalu lemah sebenarnya. Kristian masih mengunggulinya. Dan setiap percaturan alam adalah qudrah dan iradah Ilahi yang Esa. Kalaulah tuhan itu berdua atau lebih sudah tentu kehendaknya berbilang. Sedangkan ianya tidak terjadi secara kebetulan kerana perkara yang terjadi kebetulan hanya jadi sekali sekala. Sedangkan percaturan Ilahi terhadap siang dan malam, peredaran cakerawala pada paksinya mengikut ketetapan, kejadian pasang surut air laut, dan sebagainya terjadi berulang kali. Malah ada peraturan pula. Sebagaimana siang yang bercahaya cerah, malam pula bumi akan gelap dari simbahan cahaya 
matahari. Itulah sunnatullah. 

Khilafah jatuh ke tangan Saidina Muawiyah. Golongan khawarij masih ingkar mengakui kekhilafahannya. Ini bermakna golongan khawarij memusuhi Saidina Ali dan berdendam terhadap pemerintahan Muawiyah. Itu tidak penting. Meskipun beralih kuasa khalifah masih dipegang oleh kuasa Islam sehingga jatuhnyanya kerajaan Turki Uthmaniyah. Khilafah telah benr-benar hilang. Umat Islam patut sedar. Amanah untuk mengembalikan khilafah Islam itu semula kerana itulah antara kemenangan awal komplot zionis. Mustafa Kamal Al-Tartuk gemilang sebagai pemerintah Turki moden sedangkan dia adalah alat zionis antarabangsa. Orientalis menukilkan kegemilangan sumbangan At-Tartuk sedemikian dalam catatan sejarah. Anak-anak umat Islam tertipu dengan penjajahan pemikiran itu. 

Pada tahun ke 60H Muawiyah meninggal dunia dan Yazid menjadi gantinya. Saidina Husain ketika itu berada di Makkah menerima surat dari Kufah memintanya ke sana. Saidina Husain bersiap-siap bersama sanak saudara dan kerabatnya untuk bertolak ke Kufah. Ada riwayat yang menyatakan beliau dilarang berbuat demikian. Namun tidak diendahkannya. Maka rombongan Saidina Husain pun bertolak meninggalkan Makkah. Setelah hampir tiba di Kufah barulah dia mendengar perkhabaran bahawa kaum Bani Umaiyah telah bersedia hendak memeranginya. Tetapi dia tidak betah untuk kembali ke Hijaz. Dia akhirnya terbunuh di Karbala. 

Selesai solat maghrib aku dan Azmi berpisah. Azmi akan ke 'Atabah. Katanya ada urusan. Aku mengambil teksi ke Masjid Musa di Haiyu Sabiek. Barangkali Fuad sedang menantiku di sana. Di dalam perut teksi aku melayan diri dan tanpa kusedari air mata (mengalir lesu) Karbala menitis di Kota Kaherah mengenangkan bilakah khilafah akan kembali. 

TAMAT 


Glosari: 

ihtimal : pertimbangan 
ra'yu : pandangan akal 
berjidal: berbahas 
Madah : mata pelajaran 
talaqi : kelas pengajian 
mau'id : janji 
tasmi' : memperdengarkan (pengajian Al-Quran) 
bai'ah : kesetian 
mu'tadil: pertengahan/ adil 


CERITA 5



Kisal Sejarah Untuk Teladan.
Author: Saufie Ahmad 



Salah satu kisah menarik berkenaan seorang saudagar yang mendapat pertolongan daripada malaikat dan berkaitan alam 
ghaib, wajar direnungi sedalam-dalamnya ole setiap umat Islam supaya teguh keimanannya. 

Mempercayai wujudnya malaikat termasuk didalam rukun iman. Percaya adanya malaikat bererti mempercayai perkara ghaib. 
Ianya termasuk dalam kepercayaan terhadap makhluk ghaib dan sekiranya seseorang itu tidak mempercayai malaikat bererti tidak 
sempurnalah imannya. 

Malaikat adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh ALLAH dari cahaya. Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kecuali 
dikalangan hamba ALLAH yang terpilih seperti para nabi dan rasul- rasul serta kekasih-kekasih-NYA. 

Malaikat adalah pesuruh ALLAH dan sentiasa mendampingi manusia Justeru itulah, jika diizinkan oleh ALLAH, maka para malaikat akan 
membantu seseorang pada bila-bila masa,sama ada disedari atau sebaliknya. 

Seorang saudagar besar dari kaum Ansar, Abu Mi'laq, membawa barang-barang dagangan untuk diniagakan kenegeri-negeri orang; 
dan ketika ingin pulang, beliau membeli barang-barang atau hasi bumi  negeri lain untuk diniagakan dinegeri atau dikampungnya. 
Begitulah tugas beliau seharian. 

Sebagai salah seorang sahabat Rasullullah S.A.W. yang baik dan warak, beliau terkenal sebagai peniaga yang jujur dan amanah. 
Pada waktu itu, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman dan rintangan untuk sampai kesebuah negeri ketika melaksanakan urusan 
perniagaannya. Manakala kenderaan yang digunakan untuk membawa barang dagangan hanyalah kuda atau unta. 

Selain daripada terpaksa mengharungi padang pasir yang panas dan berdebu. Dibawah terik mentari yang membakar kulit serta kesukaran untuk mendapatkan bekalan air diperjalanan, penyamun-penyamun sering mengancamnya ditengah perjalanan. 

Pada suatu hari, ketika Abu Mi'laq sedang membawa barang-barang dagangannya merentasi padang pasir yang cukup luas, tiba-tiba beliau disekat oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Abu Mi'laq menyedari lelaki yang tidak dikenali itu adalah penyamun, setelah meneliti cara dan gaya yang kasar dan angkuh. Tambahan pula, lelaki tersebut memegang pedang dan menghunus kearahnya melambangkan seorang penjahat tak berhati perut. 

Lelaki itu berkata kepada Abu Mi'laq: "Berhenti dan letakkan barang-barangmu. Engkau akan kubunuh disini." Dengan tenang sambil bertawwakal kepada ALLAH, Abu Mi'laq menjawab: "Apa gunanya darahku padamu? Apakah engkau memerlukan wang dan harta?" Penjahat itu kemudian berkata: "Aku tidak memerlukan wang. Aku hanya mahukan nyawamu!" Abu Mi'laq berkata: "Kalau engkau memang ingin membunuhku, idzinkanlah 
aku mengerjakan solat empat raka'at." "Solatlah!" berkata penjahat itu. 

Selepas berwudhu', Abu Mi'laq mengerjakan solat empat raka'at. Ketika sujud yang terakhir, beliau berdoa sebanyak tiga kali yang bermaksud: 
"Ya ALLAH Yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang mempunya Arashy Yang Mulia. Wahai Tuhan Yang Mengerjakan apa Yang Dikehendaki-NYA. Aku memohon kepada-MU dengan Kemuliaan-MU yang tidak pernah tanggal, Kerajaan-Mu yang tidak mungkin digantikan dengan pihak lain; dan dengan Nur-MU yang memenuhi tiang-tiang Arashy-MU, aku mohon kepada-MU supaya Engkau selamatkan aku 
dari gangguan pencuri itu. Wahai Tuhan Yang Menolong, tolonglah aku. Wahai Tuhan Yang Menolong, tolonglah aku, wahai Tuhan Yang Menolong, tolonglah aku." 

Setelah bangkit dari sujud, tiba-tiba menjelma dihadapannya seorang penunggang kuda yang siap bersedia dengan pedang yang terhunus. Mata penunggang kuda yang tiba-tiba wujud itu memandang tajam dan garang kearah penjahat; dan kemudian memancung penyamun itu sehingga mati. 

Setelah itu, lelaki yang masih memegang pedang yang berdarah itu berpaling kepadanya sambil berkata: "Berdirilah engkau!" 
Abu Mi'laq menjadi hairan dan bertanya: "Siapa tuan? Sesungguhnya ALLAH telah menolong aku dengan perantara'an tuan pada hari ini." 

Lelaki itu kemudian berkata: "Aku adalah malaikat penghuni langit keempat. Sebaik sahaja engkau selesai baca do'a pertama tadi, aku mendendengar pintu-pintu langit berdering. Kemudian engkau bacakan doa yang kedua kali, aku terdengar teriakkan 
dan hiruk-pikuk penghuni langit. Dan setelah engkau selesai membaca yang ketiga kali, maka dikatakan kepadaku. "Itu doa orang yang sedang menghadapi bahaya." Kemudian kumohon kepada ALLAH supaya aku diperkenankan membunuh orang jahat itu, dan ALLAH SWT pun menyuruh aku." 

Merenungi dan menyimpul tentang kisah tersebut, cukup mudah difahami bahawa seseorang yang sentiasa menghampiri dirinya kepada ALLAH, pasti mudah mendapat pertolongan ALLAH dalam kehidupannya pada bila-bila waktu. Semoga ianya dapat dijadikan panduan serta pedoman yang berguna terhadap kepercayaan kepada malaikat. 

Anas r.a. seorang sahabat Rasullullah S.A.W. menegaskan: "Ketahuilah, bahawa sesiapa yang berwudhuk kemudian dia solat empat raka'at 
dan setelah itu membaca do'a ini (doa yang dibacakan oleh Abu Mi'laq ketika berhadapan dengan penyamun), maka akan diperkenankan baginya, sama ada dalam keada'an terdesak atau lapang." 


CERITA 6


Piala Yang Bala
Author: NurrJannah 



Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanyakan kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." 
Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati tuanku akan menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau dicuri orang pula, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti seorang fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." 

Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah. 

MORAL & IKTIBAR 

·Kekayaan dan harta dunia adalah perhiasan yang tidak perlu disanjung tinggi. Kekaguman yang melampau terhadapnya mengakibatkan kesusahan dan kemiskinan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta tersebut. 

·Kesayangan pada harta dunia merampas kesayangan pada kenikmatan syurga mengikut nisbah yang sama. 

·Hukama memandang sesuatu benda dari segi hakikat, bukan dari segi zahirnya. 

·Tanpa harta benda pun kita boleh hidup dengan keperluan asasi. Situasi begini lebih menenteramkan hati dan jiwa untuk mengabdi diri kepada Allah. 

·Orang yang mempunyai sedikit kekayaan duniawi lebih mudah masuk syurga kerana tidak banyak soal-siasat dan hisab di mahsyar. 

·Orang yang mempunyai kekayaan duniawi terseksa di mahsyar kerana banyaknya kira-mengira tentang dari mana ia diperolehi dan ke mana pula ia dibelanjakan pada setiap satu harta yang dimilikinya. Ini melewatkan kemasukan ke syurga. Kalau dari sumber tak halal dan dibelanja bukan pada haknya, si-pemilik harta akan dimasukkan ke neraka terlebih dulu. 


CERITA 7



Takjubnya.
Author: atikah 
Source: Kak Rose 



Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami isteri ini 
masih disekolah.

W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam.Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk... ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2. Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. 


Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak 
lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. bayangkan 7 org budak lelaki dgn 
yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk menagmbil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat. 

Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah 
mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.subhanallah... bila ditanya kpd si ibu 
mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sblm mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup melihat> anak2 mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa... subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya masih belum berumahtangga.... 

Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH 


CERITA 7


Kisah Wali Allah Bersolat Diatas Air
Author: Ummu Hanan 



Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlayar dari sebuah pelabuhan di Mesir. Disaat kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah angin ribut dan petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terombang-ambing dan hampir tenggelam. 

Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ganas, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terombang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. 

Beberapa orang pedagang yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para pedagang itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. 

Jangan tinggalkan kami!" Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Ada apa?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. pedagang itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak menolong kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat." Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah. 

"Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang berisi muatan beratus ribu dinar itu pun tenggelam ke dasar laut.Habislah kesemua barang-barang dagangan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada pedagang itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."pedagang itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dibawa oleh seorang jutawan Mesir."WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"pedagang itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah." 

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari pedagang itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti semula. Tiada yang kurang.Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Saat sampai di Madinah, pedagang yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membagi-bagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. 
Wallahu a'alam.