A collection of humorous stories I compiled from the net. 'njoy


 

 

CERITA NO 1

 

Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan sesuatu. Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan. Dan seperti biasa Kamal akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur. Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh Kamal segera bersiap untuk membantunya di kebun. Kamal menarik nafas dalam-dalam kerana satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari. Selesai saja bersarapan mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa. Kadang-kala terasa bosan juga di hati Kamal, tetapi apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun begitu,jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari nanti.Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah, lebih kurang 15 minit berjalan kaki.Sedang mereka berjalan kaki di sebatang denai, tiba-tiba satu cahaya muncul di hadapan mereka. Hati mereka menjadi kaget kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara dan Mak Senah pengsan waktu itu juga. Kamal ingin menjerit tetapi halkumnya bagaikan disekat.Dia cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia. Tiba-tiba badannya mula bercahaya secara beransur-ansur dan akhirnya sama dengan cahaya tersebut. Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah. Darah segar memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya. Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota. Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan pecah. Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal.Otot-ototnya membesar dan terkoyak secara tiba-tiba. Kamal masih tidak mampu menjerit namun begitu matanya semakin segar menonton penyeksaaan pada dirinya. Tiba-tiba kulit badannya tersiat-siat. Setiap sel-sel kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging putih yang tidak berkulit lagi. Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal. Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi. Apakah ini pembalasan Tuhan? Kamal tidak terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa penyeksaan yang dilakukan kepada dirinya. Dengan tidak semena-mena, larutan garam disimbah ke badannya yang tidak berkulit itu. Air garam itu mula menusuk ke dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada. 
"Argh......Argh,....." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati kecilnya. Peristiwa sadis ini dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya. Secara perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan semula dengan tiba-tiba. Duri-duri semalu sedang menunggu tubuh Kamal untuk dijamah. Kamal tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan. Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan, kesakitan dan kesengsaraan dapat dilupai. Malam itu gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa Mak Senah Pengsan bersama satu makhluk yang lain.Kamal tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat apakah makhluk itu. Tok Imam ternampak satu tanda di dada Kamal dan akhirnya Tok Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah Kamal dan kini dia.......telah berubah. Hidup Kamal kini betul-betul telah berubah........berubah menjadi................ 









.. 

Power -----> Rangers. 

Kushuk dan tawadukkk nampak bila membaca............hehehehehehe..... 

 

CERITA NO 2


Cerita Di Malam Berinai
Author: Ummu Hanan 

Hari Ahad itu aku bangun agak awal, tidak seperti hari ahad yang lain dimana biasanya selepas aje solat subuh aku akan "membuta" hingga jam 9.00am atau 10. am. Kira-kira jam 8.00 am aku capai parang tapik dan aku ikat di pinggang. Niat asalku nak berjalan kaki aje untuk ke rumah Isa iaitu saudaraku. Tapi bila aku fikir semula lebih baik aku naik motor RXZ aku yang biasanya di tenggek ayam hingga habis kusyennya dengan taik 
ayam. 

Ina adik perempuan Isa yang juga satu suku dengan aku akan melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan. Pagi itu ada gotong royong dirumahnya untuk membuat bangsal memasak, bangsal air dan bangsal menghidang. 

Ina berusia 3 tahun lebih muda dari aku, dia boleh dikategorikan gadis yang cantik dan agak pandai melawa. Tapi aku tak ada perasaan pun dengannya sebab aku anggap dia macam adik beradik aku aje. Dulu dalam cerpen aku bertajuk "Budak Air Sekapas" aku pernah cerita bagaimana aku dan seorang kawan aku menempeleng sorang mamat yang berkelakuan tak senonoh di kampung aku. Awek yang aku maksudkan dipeluk oleh mamat tu si Ina nilah. 

Bila sampai aje di rumah Isa pagi tu aku lihat Kid, Zafar, Ajoi dan abang aku si Alim telah pun sampai. Begitu jugak beberapa orang pakcik dan makcik sekitar kampung yang semuanya aku kenali. 

Sebelum buat apa-apa kerja kami minum dulu. Pekena mee hoon goreng dan kuih karipap. Oleh kerana kebanyakan kami dah biasa dengan kerja-kerja menyiapkan bangsal dan persediaan lain untuk kenduri perkahwinan, maka kerja dapat disiapkan dengan agak cepat. Pakcik-pakcik yang agak berumur hanya menjadi jurutera dan meberi sedikit tunjuk ajar. 

Kira-kira jam 11.30 semua infrastruktur yangh diperlukan dapat disiapkan. Sebahagian dari Pakcik-pakcik yang turut membantu telahpun pulang, tapi aku dan kawan-kawan lain dok bersembang. Almaklumlah kami semua jarang-jarang berjumpa, masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ketika itu aku masih duduk di kampung sebab aku hanya bekerja di Seremban. Manakala kebanyakan kawan-kawanku bekerja di Kuala Lumpur. 

Minggu hadapannya aku ambil cuti pada hari sabtu sebab banyak kerja yang aku perlu bantu di rumah Isa. Tambahan pula aku memang sudah lama tak bercuti. Sebelah pagi aku datang kerumah Isa untuk mengapak kayu, menyusun pinggan mangkuk dan sebagainya. Sebelah petangnya pula aku duduk di rumah saja melayan anak-anak buahku yang balik kampung. 

Malamnya selepas aje solat maghrib aku terus ke rumah Isa dengan anak buahku Apet. Sebenarnya pada sebelah malam begini taklah banyak sangat kerja yang boleh dibantu. Sebab kebanyakan kerja adalah berkaitan dengan siang menyiang, misalnya memotong bawang, labu , timun dan sebagainya. Dan aku tak minat sangat nak tolong kerja sebegitu. Tenaga kami anak muda lelaki hanya diperlukan untuk menangkat air, mengangkat pulut dan menjaga api. 

Selebihnya kaum lelaki lebih banyak berborak, makan pulut dan hisap rokok. Ada juga dibeberapa tempat malam sebegini atau disebut juga malam berinai anak-anak muda menjadikannya sebagai malam berjudi, mereka berjudi sampai pagi. Alhamdulillah kawan-kawan sekampung aku bukan kaki judi. Kalau kami main pun sekadar untuk mengisi masa dan main kosong aje. 

Malam makin larut kami mula melepak dan berbual kosong. Aku meminta Kid buat Teh Tarik Kaw punya. Kebanyakan makcik-makcik dah pun balik, manakala saudara-mara dan adik beradik Isa juga telah masuk tidur. 

Tetapi kebanyakannya tidur bersepah di ruang tamu. kalau dah ramai begitulah jadinya. Ajoi, Ajin, Ijam dan beberapa yang lain datang dudk berhampiran aku di bawah khemah makan. 

Air teh Kaw yang dibuat Kid telah pun siap. Kami minum bersama-sama. Terdapat beberapa orang pakcik yang masih belum balik. Mereka menghampiri kami. Jadi aku perlawa diaorang minum sekali. Maka apalagi mulalah kami berborak dari satu cerita ke satu cerita. dari cerita pasal kejadian pecah rumah yang berlaku sekitar kampung, soal budak hisap dadah hinggalah cerita soal ilmu kebatinan, dan akhirnya cerita hantu. 

Amboi memang macam-macam cerita hantu yang diceritakan oleh Pak Cik Sarip Botak dan Pak Cik Ujang. memang aku naik ngeri mendengarnya, kadangkala terasa meremang bulu roma. Tambahan pula suasana semakin gelap kerana beberapa lampu telah dipadamkan. Jam pula dah menunjukkan hampir 2 pagi. 

Dalam kerancakan mereka bercerita pasal polong hisap darah perempuan bersalin kat kampung seberanglah, hantu tak berkepala ganggu mereka ketika meniup burung wak-wak, hantu jepun dan sebagainya. Aku terfikir untuk mengenakan diaorang semua. Aku pun baru dengar je cerita hantu yang lebih ganas dan power ni. 

Aku pun mula bercerita pengalaman aku di Kolej dahulu. Aku kelentong kononnya ada beberapa orang pelajar telah mati, atau kebengongngan selama beberapa minggu kerana di sakat hantu yang ganas lagi zalim itu. 

Menurutku seorang kawan aku mengalami kejadian yang hampir sama, dimana ketika dia duduk seorang diri di kolej pada waktu cuti semester dia telah disakat oleh hantu ganas tersebut semasa dia membasuh kain. 

Agak menghairankan kejadian yang berlaku jam 1 pagi itu buih sabun basuhan menjadi semakin sedikit walaupun kawan aku itu menyental sabun pada pakaiannya. Beberapa ketika dia terdengar bunyi tapak kakai orang berjalan berdutup-detap, tapi tidak dihiraukannya. Kemudian bunyi tapak kaki tersebut kedengaran menuju ke arahnya dan semakin hampir. 

Apabila semakin hampir bunyi tapak tersebut kawan saya itu dapati bayang-bayang lembaga yang datang telah melindungi sekitar badannya. Ini disebabkan lampu bilik air tersebut hanya terletak dibahagian atas dinding sebelah belakanggya. 

Pada ketika itu kawan saya sudah tidak berani berpaling, dia berpura-pura terus memberus pakaian, manakala buih basuhan semakin kurang walaupun dia telah menaburkan serbuk basuhan. 

Dari bayang lembaga yang datang dia juga dengan jelas ditangan kanan lembaga itu terhunus sebilah pedang panjang. Lembaga itu semakin hampir, dia terus memberus kain, kemudian dengan jelas dia melihat pada bayang-bayang lembaga tersebut menghayun pedangnya tepat menuju ketengkuknya................... 

" GUNAKAN TROJAN" kataku. 

Pak Sarip Botak dan Pak Cik Ujang terlopong mulut bila aku mengatakan 

"gunakan trojan". 

Dengan tak semena-mena Pak Cik Sarip Botak bertanya " Kenapa pulak guna trojan" 

" Sebab buih tak ada" kataku selamba. 

Semua terdiam sekitar 10 saat kerana masih tak dapat "tangkap" apa yang aku maksudkan. 

Kemudian barulah Pak Cik Sarip Botak berkata " Ohhh Cilako budak ni, dio kono kan kito rupo eh!!!" 

Kami semua ketawa berdekah-dekah. Kami pun bersurai untuk balik. 

Sehinggalah sekarang kalau terjumpa Pak Cik Sarip Botak, aku mesti gelak bila teringat cerita tu. 



CERITA NO 3


Aku Tak Suka Kau....
Author: Ummu Hanan 



"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah 
yang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong. "Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam…" "Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah tau pun!" Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas. 'Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!" Doaku dalam hati. "Assalamualaikum!" Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali. "Wa'alaikumussalam!" Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin sangat nak buka pintu? 

"Oh, engkau rupanya!" Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. "Hantar kuih ke?" Soal Azhar tersengih. "Ya! Nah!" Piring itu kuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. "Sebelum aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?" "Kalau aku, kenapa?" Soalku membalas. 
Azhar tersengih. "Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan, boleh patah gigi!" Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu denan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus! "Bukan akulah! Kakak aku!" Aku menjawab penuh geram. "Oh, kakak kau…" Azhar mencapai piring itu perlahan."Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!" Sambung Azhar. Aku tersenyum sinis. "Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!" Jawabku geram. "Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia, lain kali ajar sikit anak dia ni!" Aku berlalu. Puas hati aku! "Siapa yang ambil tadi?" Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Entah hantu mana agaknya tu!" Jawabku acuh tak acuh. "Oo… tentu Azhar kan?" Teka Along tersenyum. "Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!" "Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik bermasam muka begitu!" Along menasihatkanku. "Malas!" Along menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam anjing dengan kucing!" Keluh Along. 

* * * 
Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. "Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari, ha?" Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru! "Wargh!!!" Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kau hantu! "Hai!" Azhar tersengih memandangku. "Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!" Sengihan Azhar semakin melebar. "Berambuslah kau!" Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengajarku tadi semakin menghampiri kami berdua. "Nak tumpang?" Azhar mempelawa sinis. Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. "Berat kau, ya? Susah nak kawal!" Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap sekalipun! "Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu ke?" Azhar membuat muka penat. "Alahai… banyaklah muka penat kau tu! Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada masalah pun." Balasku geram. "Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu menumpang, buatlah cara orang menumpang!" "Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!" Hatiku mula panas. "Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!" Motor Azhar semakin meluncur laju. "Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!" Aku menggigit bibir. "Kenapa, takut?" Motor Azhar semakin laju. "Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!" Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang. Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. "Hei, berhentilah!" Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku. "Eh, apasal tak boleh berhenti ni?" Azhar mula cemas. "Hei, pijaklah brek tu!" Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami hampiri. "Azhar!" Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat. "Izma, lompat!" Jerit Azhar. Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni? "Hoi! Apa ni!" Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azhar bangun perlahan. "Habislah motor aku!" Azhar menarik motornya. Aku cuba berdiri namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. "Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!" Aku memekik pada Azhar. "Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni. Okey ke?" Cepat-cepat Azhar menghampiriku. "Okey kepala hotak kau! Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadi arwah!" Aku melepaskan geram. "Yelah tu… Aku jugalah yang salah!" Azhar menghulurkan tangannya. "Mari sini aku papah kau!" "Hei, pelan-pelanlah sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!" Cemuhku lagi. "Izma, kau ni kalau tak ber 'hei-hei' dengan aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!" Azhar menarik tanganku. "Suka hati akulah!" "Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masuk dalam rumah!" Ugut Azhar. Aku mencemik. "Ini semua pasal kau juga!" "Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!" Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya! 

* * * 
"Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan pertanyaan 
Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah. Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluar dulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em… macam ada yang tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar. "Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!" Tanganku terasa bergegar. Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat khabar ditangannya basah. "Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik terus pergi surau!" Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup. Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah haru! 

* * * 

Tok! Tok! Tok! "Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?" Suara garau Angah memecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak! Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! "Bangunlah! Mentang-mentanglah tak sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!" Angah bersuara lagi. Ee… mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena! "Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?" Soal Angah dari luar. "Sudahlah!" Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. "Wargh! Ha! Ha! Ha!" Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. "Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!" Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi! "Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!" Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nak 
buat apa lagi? Melantaklah! "Ehem! Awalnya bangun!" Sindir Achik. Aku Cuma menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo. "Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!" Along yang sedang memotong sayur bersuara. "Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?" Angah muncul tiba-tiba. Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak berceramah! Ni yang buat aku rimas ni! "Aik, nak ke mana pula tu?" Angah mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur. "Eh, jangan sibuklah!" Marahku geram. "Pergilah tolong kakak-kakak kau tu memasak! Ini tidak, makan saja kau tahu!" "Habis, Angah tu?" Balasku. "Angah ni lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu." Jawab Angah. "Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?" "Eh, menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?" Angah mengecilkan matanya. "Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?" Emak muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih. "Tulah mak ni! Terlampau manjakan sangat budak ni!" Achik menjelingku. "Eleh, cemburu le tu!" Aku mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu ni kan? Hehee.. 

* * * 
"Ala Ngah… Tolonglah Iqa kali ni saja!" Aku menarik-narik tangan Angah. "Ah, sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa nak hantar kau pergi sekolah!" Aku menarik tangannya kasar. "Tolonglah Angah… Mana ada lagi bas waktu ni!" Angah mencemik bibirnya. "Tulah, suka sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!" "Angah… Iqa dah lambat ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke.." Aku merayu. "Ha, masuklah cepat!" Suara Angah akhirnya. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah. "Amboi amboi… Kau ingat aku ni driver kau ke, ha?" Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka. Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu! "Terima kasih ye.." Aku menutup pintu kereta itu cermat. "Nanti leas kau balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam." Angah menjeling. "Kedai jam? Buat apa?" Tanyaku hairan. "Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau pandai-pandailah minta dari kengkawan kau." Dan kereta Angah meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Aku mengetap bibir. Aku mengatur langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal saja? "Assalamualaikum." Aku memberi salam penuh hormat. "Wa'alaikumussalam. Ha, masuk!" Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah,kenapa guru lain pula yang mengajar? Ala, guru baru kot! "Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah datang lewat, langsung tak pandang muka saya!" Langkahku terhenti. Apa kena pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun seketika. Eh… guru baru ke? Kacaknya… Tapi, apasal dia pakai baju seragam sekolah? Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi aku untuk kesekian kalinya! Azhar yang berada di ahdapan kelas sedang menekan-nekan perut menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap kacak tadi. 
Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah! "Hei, Azhar! Cikgu datang!" Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik. Kelam-kabut Azhar berlari mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha… tu dia.. Guru 'terbesar' dah datang! "Semua berdiri!" Israf bersuara lantang. "Assalamualaikum semua." Ucap Cikgu Rokiah. Salam dijawab serentak. Cikgu Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang sepenuhnya. "Iqa!" Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku. Aku memandang malas. "Ada apa?" "Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik nanti." Maria berkata. "Balik? Balik mana pula ni?" Soalku hairan. "Balik rumahlah…" "Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?" Maria hanya mengangkat bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya. 

Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni… "Izma!" Aku kenal betul siapa yang memanggil aku tu. Dalam dunia ni, dia seorang saja yang panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan! Ah… aku melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar. "Apasal kau tak tunggu aku, ha?" Tanya Azhar. 
"Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!" Aku mencebik bibir. 
"Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku…" Azhar menunjukkan muka sedih. "Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni." "Kenapa pula pasal aku?" "Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak rosak!" "Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti bawak motor!" Balasku geram. Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa aku nak layan orang gila macam dia ni! Aku memilih tempat duduk paling belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. "Aku duduk sini, ya?" Azhar duduk di sebelahku. Aku mengeluh. "Tak ada tempat lain ke kau nak duduk, ha?" "Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak duduk di mana sekalipun." Jawab Azhar menyindir. Argh!! Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk. "Izma, bangun! Kita dah sampai ni!" Aku terasa bahuku digoncang. Aku mencelikkan mataku. Waa! Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah padam. Perlahan-lahan aku berdiri. "Best ke tidur atas paha aku tadi?" Soal Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas. "Taik kau!" Aku memandang tempat lain. "Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!" Aku menelan air liur. Mukaku terasa begitu panas sekali. "Janganlah marah cik adik oi… Makin buruk muka!" Azhar tersengih lagi. "Huh!" Cepat-cepat aku beredar masuk ke dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang semakin kuat. Celaka kau! 

* * * 

Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu. "Aik, tak senang duduk nampak?" Maria menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar tersenyum. Sesekali mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu. "Oh, ya! Sebelum aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau." Kata Maria kemudian. "Waalaikumussalam." Jawabku perlahan. "Kau tak nak jumpa dia ke?" Maria memandangku. "Kenapa pula?" Aku hairan. "Dia bertugas diperpustakaan hari ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku." Maria 
mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. "Boleh juga. Mari temankan aku!" Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar. Aku berdiri. "Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!" Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku. Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum. Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya. "Maria, korang nak pergi mana?" Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik. "Buat apa kau sibuk!" Jawab maria. Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati. "Ha, Iqa. Nak pinjam buku?" Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan. Aku tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter. "Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat, kena denda pula." "Kalau Iqa, mana saya nak denda." Ikhwan tersengih sambil tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi. "Ehem, aku pun nak kembalikan buku juga!" Aku terdengar suara di belakangku. Wajah Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke sini atau mengekori aku? 

"Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?" Soal Maria tiba-tiba. "Nak juga, kenapa?" Soal Ikhwan kembali. "Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap." Pelawa Maria sambil menjelingku. "Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu pustakawan juga!" Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan Ikhwan ni, kenapa? "Aku tak ada masalah." Ikhwan melangkah keluar dari kawasan kaunter. "Jom Iqa!" Maria menarik tanganku membawa aku berjalan seiring dengan dia dan Ikhwan. Kakiku melangkah namun sempat juga aku menoleh memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati aku dulu? "Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!" Maria mencuit lenganku. Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal aku ikut cakap si Maria ni. 
Nyesal! 

* * * 

"Along dah kena risik!" 
Ha? Mataku membulat memandang Angah. "Eh, biar betul?" Angah tersengih. "Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along." "Angah cakap betul-betullah!" Aku mencubit lengan Angah kuat. "Orang cakap betullah ni!" Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi. "Siapa?" Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. "Orang sebelah!" "Ha?" Aku menelan air liur. "Eh, mana boleh!" Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku. "Kenapa pula ni?" "Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!" Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. "Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?" "Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?" Aku terus membentak. Kalau Azhar yang 
Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? "Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!" Angah tersenyum lagi. "Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?" Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat? "Iqa!" Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. "Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?" Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran. 

* * * 

Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik. 
"Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!" Dapat kudengar suara Achik. "Keluar! Jangan nak buat hal lagi!' Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. "Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!" Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. "Ehem, sorang saja ke?" Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? "Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?" Soalku tanpa memandang wajahnya. "Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!" "Suka hati akulah!" Aku menjawab malas. "Aku pun, suka hati aku juga!" Azhar membalas sinis. Aku memandang Azhar geram. "Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!" "Eh, buat apa aku nak bertunang?" Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit bibir. "Kau nak mainkan kakak aku ke?" "Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!" Aku tercengang seketika. "Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?" "Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA." Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. "Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!" "Eh, bila pula? Tolong sikit ya?" "Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku…" "Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!" Aku memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah. "Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!" Azhar bersuara selamba tanpa memandangku. "Pinanglah… Aku tak akan terima!" "Sebab apa?" "Sebab aku tak suka kau!" Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira! 


CERITA NO 4



Perlawanan Sedut...
Author: Ummu Hanan 



Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang. 

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan. 

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!", 

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!", 

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati. 

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!""